Sunday 3 June 2012

MODUL 4 - KURSUS KEUNGGULAN PERSONALITI WANITA PROFESIONAL DARAINI MANAGEMENT ACADEMY


Wanita semakin mendominasi pentas pendidikan dan kerjaya berbanding dengan kaum lelaki. Kehebatan mereka semakin terserlah dalam semua aspek dan dimensi kerjaya; pendidikan, ekonomi, sosial dan di pentas antarabangsa. Pada aspek yang lain juga mendapati kaum wanita amat penat pada aspek rohani dan jasmani. Terutama dengan ragam dan ujian hidup yang harus dilalui setiap detik dan ketika. Maka kursus personaliti wanita profesional bertujuan mengharmoni diri wanita agar lebih mantap dan bergaya dalam menjunjung amanah dan tanggungjawab yang telah terbahu pada diri mereka. 

KPI & OBJEKTIF KURSUS
(1)   Menyedarkan wanita pada tugas dan tanggungjawab hakiki dalam kehidupan mereka agar dapat diseimbangkan dengan kerjaya profesionalisme

(2)  Membekalkan kaedah dan pendekatan dalam menghadapi permasalahan dalam menerajui kerjaya profesionalisme.

(3)   Peluang membeningkan jiwa, merekahtkan minda dan menyegarkan rohani melalui terapi minda  wanita profesionalisme yang disediakan.

Menyedari hakikat ini, DARAINI MANAGEMENT ACADEMY (DMA) menawarkan khidmat profesionalnya untuk merialisasikan falsafah di atas.

KOS PELABURAN:
 1)   Kos training sahaja RM4.000.00 (empat ribu ringgit) untuk program sehari bermula 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Ia tidak termasuk kos makan-minum dan penginapan (jika perlu). Untuk program sekitar Lembah Klang dan kawasan yang berhampiran dengannya tiada kos pengangkutan. Jumlah peserta kursus sehingga 40 orang. Modul training diadaptasi dari modul asal iaitu 3 hari 2 malam.

   2)    Kos training sahaja RM6.000.00 (enam ribu ringgit) untuk program 2 hari 1 malam. Ia tidak termasuk kos makan-minum dan penginapan. Untuk program sekitar Lembah Klang dan kawasan yang berhampiran dengannya tiada kos pengangkutan. Jumlah peserta kursus sehingga 40 orang.

MASA
                     ATURCARA PROGRAM
PROGRAM HARI PERTAMA
8:00-10:00am
Perjalanan  / Pendaftaran / Siap Diri / Minum Pagi
10:00-12:00am
(Slot 1) Shift Your Paradigm
12:00-2:30pm
Check In Hotel  / Makan Tengahari / Siap Diri
2:30-4:00pm
(Slot 2) Kontrak Sosial Wanita
4:00-5:00pm
Minum Petang / Siap Diri / Solat Asar
5:00-6:30pm
(Slot 3) Personaliti  Wanita Profesional
6:30- 8.30pm
Siap Diri / Makan Malam
8.30-10:00pm
(Slot 4) Prinsip Hidup Bahagia
10:00-10:30pm
Minum Malam / Tidur
PROGRAM HARI KEDUA
4:00-6:30am
(Slot 5) S.O.D
6:00-9:00am
Senaman / sarapan / siap diri
9:00-11:00am
(Slot 6) Terapi Ukhuwwah
11:30-12:30am
Penutup / makan tengahari / check  out

No comments:

Post a Comment